19 Ogos 2011 - 19:30

Waspada kuasa asing yang mengambil kesempatan ke atas Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - KUALA LUMPUR, perhimpunan aman di depan Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Pusat kelmarin mengecam tindakan keras Syria membubarkan demonstrasi di negara itu.Perhimpunan setelah selesai solat Jumaat ini melaung-laungkan slogan prihatin mereka terhadap nasib saudara muslim mereka tanpa mengira sempadan dan geografi.Dewan Pemuda Pas menuntut Presiden Bashar Al-Asad segera menghentikan kekerasannya terhadap penunjuk perasaan yang menuntut kebebasan berpolitik, bersuara dan memilih pemimpin secara demokrasi.Harakahdaily melaporkan, Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Dewan Pemuda PAS menyertai masyarakat antarabangsa mengutuk keganasan pasukan keselamatan Syria ke atas orang awam dan rakyat yang sedang menuntut perubahan demokratik di negara itu.Sambil menyatakakan kekesalan beliau berkata, "Tindakan terdesak Kerajaan Syria yang sanggup menyerang masjid-masjid di Damsyik sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia".Meskipun begitu, Dewan Pemuda Pas menekankan dalam memorandum mereka tentang betapa pentingnya masyarakat antarabangsa berwaspada terhadap kuasa-kuasa tertentu yang ingin mengambil kesempatan agar kerajaan Syria dapat dilemahkan kerana peranannya menyokong gerakan-gerakan yang dimusuhi Zionis.Selain itu dunia Islam digesa mengambil sikap yang sewajarnya setelah dunia menyaksikan pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani masalah yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan Islam yang dilabel ekstrem dan ganas.Dewan Pemuda PAS berharap agar Syria tidak menerima nasib yang sama di Libya di mana kuasa-kuasa besar dilihat mengambil kesempatan menangani negara tersebut dengan kekerasan atas alasan hala tuju demokrasi.Pemuda Pas diberi peluang menyerahkan memorandum yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat dan diterima oleh pegawai bahagian pentadbiran kedutaan Syria, Latt Zaifizzul Mansor untuk dipanjangkan kepada duta Syria di Malaysia. Sebelum itu para pemuda Pas sempat berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria setelah menunaikan solat Jumaat.